Sunday, 31 August 2014

Pantun 4

Jika tuan pergi ke jempul,Belikan saya tikar berbendul;Hati susah tulangku timbul,Apa kehendak sudah makbul.

Pisang emas pisang loyang,Dihantar ke lubang aur;Sarang emas sarang loyang,Mana boleh campur-baur?

Anak ikan dipanggang sahaja,Hendak dipindang tidak berkunyit;Anak orang dipandang sahaja,Hendak dipinang tidak berduit.

Pisang emas bawa ke Bentan,Masak sebiji di atas panggung;Hutang emas berganti intan,Hutang budi badan menanggung

Tetak upih merancung upih,Anak Cina mengubat luka;Saya laksana kain putih,Sebarang diwarna boleh belaka.

Pantun 3

Sedang perang negeri Cina,Ular sawa melilit kayu;Sedang kumbang gilakan bunga,Kumbang terbang, bunga pun layu.

Utik-utik ikan bimbang,Minyak ketiau di hujung galah;Raja kecil silakan pulang,Linggi dilanggar, riau yang alah.

Buah nenas di dalam kandang,Terung perat dua tangkainya;Saya tak cemas di tangan orang,Ada hasrat pengungkainya.

Sianggit paku lembayung,Gelenggang ada dibawa budak;Menangis merengkuh dayung,Hendak pulang beremas tidak.

Anak Cina berbaju guntung,Mari dibawa merembah tebu;Mari kita mengadu untung,Cuba menempuh ombak jelebu.

Cik Akub pergi menjala,Dapat seekor anak bebarau;Ibarat kain celupan nila,Kalau lama bertelau-telau.

Pantun 2

Belah-belum bunyi malam,Bunyi di atas bumbung penghulu;Allah belum menjadikan alam,Saya sudah berjanji dahulu.

Bukan mempelai hendak tunduk,Coba panggung melenggang masuk;Dahi tinggi kening tergelohok,Hidung penyik tiada elok.

Dua kali ke Pulau Pinang,Putus tali rantai tembaga;Dua kali abang terkenang,Putus hati tampar dada.

Cik Daud mengetam padi,Sambil petik bunga pudak;Tuan pergi ke laut api,Biar hangus kuturut juga.

Pecah cerek cawan berdengung,Singgah terantuk di kedai kain;Di dalam tilik dengan tenung,Tuan sudah mencari lain.

Kapal perang kapal berakit,Hendak belayar ke negeri Cina;Seekor lang seekor pipit,Hendak terbang bila kan sama.

Menitis pematung buluh,Sudah menutuh sarang tempua;Huraikan rambut panjang labuh,Satu kafan kita berdua.

Serindit hinggap di pohon keranji,Burung belatuk terbang ke hulu;Adik weh kecil apa berjanji,Ketuk dinding bukakan pintu.

Pantun 1

Semut selembada di dalam lubang,Mati ditimpa gagang sirih;Mas mana yang tuan timbang?Intan mana yang tuan peroleh.

Anak Cina berbaju guntung,Mari dibawa merembah tebu;Mari kita mengadu untung,Cuba menempuh ombak jelebu
Buah bemban di Padang Temu,Laksamana berjual lada;Hati dendam tidak bertemu,Rasa belah di dalam dada.

Pisau raut ulu bertatah,Akan peraut bingkai tudung;Ikan di laut sudahlah latah,Menengok umpan di atas gunung.

Cik ambung pergi menggetah,Dapat puyuh tepi perigi;Sedang rebung baik dipatah,Jadi buluh melepuh jari.